Profil Jabatan
Mengenali Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak
Tentang LPKP Sarawak
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) telah ditubuhkan di bawah Seksyen 3, Akta LPKP 1987 [Akta 334] dan bertanggungjawab melaksanakan Akta LPKP 1987 serta kaedah-kaedah yang diperuntukkan di bawahnya.
Pada tahun 2018, LPKP Sarawak telah diletakkan di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia bagi menguatkuasakan Akta LPKP 1987 [Akta 334].
Ibu Pejabat LPKP Sarawak terletak di Kuching dan mempunyai dua (2) pejabat cawangan, iaitu di Sibu dan Miri.
Menghubungkan perkhidmatan di Sarawak
Dekat dengan anda
Hover atau tekan lokasi
Kuching
Ibu Pejabat LPKP Sarawak
Tingkat 12, Bangunan Sultan Iskandar
Jalan Simpang Tiga, 93300 Kuching, Sarawak
Telefon 082-412073 / 082-413303
Faks 082-256757
Klik penunjuk sekali lagi untuk tutup.
Sibu
LPKP Cawangan Sibu
Tingkat 3, Wisma Persekutuan Blok 1
Jalan Awang Ramli Amit, 96000 Sibu, Sarawak
Telefon 084-343103
Faks 084-343940
Klik penunjuk sekali lagi untuk tutup.
Miri
LPKP Cawangan Miri
Tingkat Bawah, Blok B, Wisma Persekutuan Fasa II
Jalan Cahaya Lopeng, 98000 Miri, Sarawak
Telefon 085-419876 / 085-420641
Faks 085-426285
Klik penunjuk sekali lagi untuk tutup.
Perjalanan LPKP Sarawak
LPPJ Sarawak ditubuhkan di bawah Kementerian Pengangkutan menurut Seksyen 105, Ordinan Lalulintas 1958.
LPPJ ditukar nama kepada LPKP selaras dengan Akta LPKP 1987 [Akta 334].
LPKP Sarawak diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan (KPUN).
LPKP Sarawak diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD).
LPKP Sarawak dipisahkan sebagai jabatan berasaskan perundangan di bawah Jabatan Perdana Menteri.
LPKP Sarawak diletakkan semula di bawah seliaan Kementerian Pengangkutan Malaysia.
Hala Tuju Kami
Visi
Pemacu pengawalseliaan pelesenan kenderaan perdagangan yang berwibawa di Sarawak secara efektif dan efisien.
Misi
Memperkukuh pengurusan pelesenan dan penguatkuasaan demi keselamatan, pematuhan dan operasi kenderaan perdagangan yang berhemah, berintegriti dan cemerlang.
Matlamat Utama Kami
Memastikan tadbir urus pelesenan yang teratur dan telus
Meningkatkan keselamatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan
Mengawal selia pengendali kenderaan perdagangan
Memantapkan penguatkuasaan dan pematuhan
Menyokong pembangunan sektor pengangkutan yang mampan
Memberikan perkhidmatan berkualiti kepada rakyat dan industri
Teras Strategik
Memantapkan pelesenan kenderaan perdagangan melalui penggubalan dan pengemaskinian perundangan.
Memantapkan pengurusan pelesenan dengan efisien dan berintegriti.
Memperkasakan penguatkuasaan dan pematuhan perundangan bagi meningkatkan keselamatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan.
Memantapkan tadbir urus organisasi bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan.
Bidang Kuasa dan Fungsi
Pelesenan
Menimbang dan meluluskan permohonan lesen baharu, pembaharuan dan perubahan syarat bagi kelas lesen kenderaan perdagangan di Sarawak.
Pengawalseliaan
Mengawal selia operasi dan pematuhan pengendali kenderaan perdagangan berdasarkan akta, dasar serta syarat lesen yang berkuat kuasa.
Penguatkuasaan
Melaksanakan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan perkhidmatan pengangkutan perdagangan yang selamat dan teratur.
