Utama  ›  Info Korporat  ›  Profil Jabatan
Info Korporat

Profil Jabatan

Mengenali Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak

LATAR BELAKANG

Tentang LPKP Sarawak

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) telah ditubuhkan di bawah Seksyen 3, Akta LPKP 1987 [Akta 334] dan bertanggungjawab melaksanakan Akta LPKP 1987 serta kaedah-kaedah yang diperuntukkan di bawahnya.

Pada tahun 2018, LPKP Sarawak telah diletakkan di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia bagi menguatkuasakan Akta LPKP 1987 [Akta 334].

Ibu Pejabat LPKP Sarawak terletak di Kuching dan mempunyai dua (2) pejabat cawangan, iaitu di Sibu dan Miri.

3Lokasi pejabat
Menghubungkan perkhidmatan di Sarawak
RANGKAIAN PEJABAT

Dekat dengan anda

Hover atau tekan lokasi

Peta Sarawak dengan ibu pejabat di Kuching dan cawangan di Sibu serta Miri

Kuching
IBU PEJABAT

Ibu Pejabat LPKP Sarawak

Tingkat 12, Bangunan Sultan Iskandar
Jalan Simpang Tiga, 93300 Kuching, Sarawak

Telefon 082-412073 / 082-413303
Faks 082-256757

Klik penunjuk sekali lagi untuk tutup.

Sibu
PEJABAT CAWANGAN

LPKP Cawangan Sibu

Tingkat 3, Wisma Persekutuan Blok 1
Jalan Awang Ramli Amit, 96000 Sibu, Sarawak

Telefon 084-343103
Faks 084-343940

Klik penunjuk sekali lagi untuk tutup.

Miri
PEJABAT CAWANGAN

LPKP Cawangan Miri

Tingkat Bawah, Blok B, Wisma Persekutuan Fasa II
Jalan Cahaya Lopeng, 98000 Miri, Sarawak

Telefon 085-419876 / 085-420641
Faks 085-426285

Klik penunjuk sekali lagi untuk tutup.

Ibu Pejabat Pejabat CawanganPeta ilustrasi • Kedudukan penunjuk adalah anggaran
01Akta LPKP 1987 [Akta 334]Asas penubuhan dan bidang kuasa
02Kementerian Pengangkutan MalaysiaDi bawah seliaan kementerian
03Ibu Pejabat di KuchingCawangan di Sibu dan Miri
04Perkhidmatan untuk SarawakPelesenan kenderaan perdagangan
—   Sejarah Penubuhan

Perjalanan LPKP Sarawak

1958

LPPJ Sarawak ditubuhkan di bawah Kementerian Pengangkutan menurut Seksyen 105, Ordinan Lalulintas 1958.

1988

LPPJ ditukar nama kepada LPKP selaras dengan Akta LPKP 1987 [Akta 334].

1995

LPKP Sarawak diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan (KPUN).

2004

LPKP Sarawak diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD).

2009

LPKP Sarawak dipisahkan sebagai jabatan berasaskan perundangan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

2018

LPKP Sarawak diletakkan semula di bawah seliaan Kementerian Pengangkutan Malaysia.

—   Visi & Misi

Hala Tuju Kami

◉

Visi

Pemacu pengawalseliaan pelesenan kenderaan perdagangan yang berwibawa di Sarawak secara efektif dan efisien.

◎

Misi

Memperkukuh pengurusan pelesenan dan penguatkuasaan demi keselamatan, pematuhan dan operasi kenderaan perdagangan yang berhemah, berintegriti dan cemerlang.

—   Objektif

Matlamat Utama Kami

01

Memastikan tadbir urus pelesenan yang teratur dan telus

02

Meningkatkan keselamatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan

03

Mengawal selia pengendali kenderaan perdagangan

04

Memantapkan penguatkuasaan dan pematuhan

05

Menyokong pembangunan sektor pengangkutan yang mampan

06

Memberikan perkhidmatan berkualiti kepada rakyat dan industri

—   Teras dan Strategi

Teras Strategik

TERAS 1

Memantapkan pelesenan kenderaan perdagangan melalui penggubalan dan pengemaskinian perundangan.

TERAS 2

Memantapkan pengurusan pelesenan dengan efisien dan berintegriti.

TERAS 3

Memperkasakan penguatkuasaan dan pematuhan perundangan bagi meningkatkan keselamatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan.

TERAS 4

Memantapkan tadbir urus organisasi bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan.

—   Peranan Kami

Bidang Kuasa dan Fungsi

Pelesenan

Menimbang dan meluluskan permohonan lesen baharu, pembaharuan dan perubahan syarat bagi kelas lesen kenderaan perdagangan di Sarawak.

Pengawalseliaan

Mengawal selia operasi dan pematuhan pengendali kenderaan perdagangan berdasarkan akta, dasar serta syarat lesen yang berkuat kuasa.

Penguatkuasaan

Melaksanakan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan perkhidmatan pengangkutan perdagangan yang selamat dan teratur.

—   Komitmen Kami

Bersama Memacu Pengangkutan yang Lebih Selamat